Tujuh warga Indonesia ditahan di Selangor

Beranda Aceh News 16-12-2014 KUALA LUMPUR: Polisi Malaysia menahan tujuh warga Indonesia, dari ketujuh warga Indonesia itu termasuk empat wanita di sekitar Selangor baru-baru ini, penangkapan itu kerana dicurigai tkarena terlibat dalam aktivitas militan dengan menggunakan Malaysia sebagai transit sebelum menuju ke Syria.

Kepala Polisi Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam kenyataan semalam berkata, kesemua mereka berusia antara 25 dan 35 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman, pada 2 Disember lalu.

"Salah seorang daripada mereka merupakan fasilitator yang mengatur pemergian anasir militan Indonesia ke Syria, dan dicurigai mempunyai hubungan dengan Umar Patek, anggota kanan kumpulan Abu Sayyaf dan anasir Al-Qaeda di Asia Selatan," katanya.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak tegas dalam menangani isu anggota militan antarabangsa yang menjadikan Malaysia sebagai transit sebelum berlepas ke negara ketiga. Katanya, kejayaan penahanan kumpulan militan itu merupakan hasil kerjasama rapat antara PDRM dengan agensi penguat kuasa dan perisikan serantau dan global. - Link berita BERNAMA
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال