Akibat kezaliman Israel Rakyat Palestin terpenjara

BERANDA ACEH - Konflik yang berkepanjangan di wilayah Palestin terutama Gaza terjadi saban tahun meliputi tempoh hampir tujuh dekad. Malah, Gaza dinamakan dengan penjara terbesar dunia. Selain itu, peperangan terbaru sudah enam bulan berlalu di bumi Gaza, namun nasib 1.8 juta rakyat Palestin di wilayah konflik itu masih belum terbela.

Pelarian Palestin, yang majoritasnya hidup di bawah kemiskinan AS$1.5 (RM5.60) sehari masih menderita apalagi lagi nasib 108,000 yang hilang tempat tinggal dalam serangan rejim Israel pada Agustus dan Juli lalu.

Lebih mengejutkan lagi apabila Badan Bantuan dan Pekerjaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) menyatakan jumlah warga Palestin yang bergantung dengan badan PBB itu meningkat daripada 80,000 kepada 800,000.

Realitas yang menyayat hati itu dinyatakan Ketua umum UNRWA, Pierre Krahenbuhl, dalam pertemuan dengan anggota departemen luar negeri Parlimen Eropah di Brussels, awal bulan ini.

"Angka ini sangat mengejutkan dan tak bisa kita bayangkan situasi tragik yang kita semua harus hadapi," katanya merujuk situasi terkini di wilayah konflik itu.

UNRWA terpaksa henti bantuan kewangan

Peningkatan 10 kali ganda itu tentunya membimbangkan semua pihak apa lagi ketika UNRWA, yang juga penghubung kepada rakyat Palestin di seluruh dunia, dilaporkan terpaksa menghentikan program bantuan kewangan di Gaza Januari lalu.

Situasi pedih itu menyebabkan pelarian yang terpakasa melarikan diri dari  dalam kerusuhan kecil di gudang simpanan UNRWA di wilayah konflik itu. Uang bantuan itu seharusnya digunakan untuk memperbaiki rumah yang musnah atau untuk membayar subsidi sewa pelarian tersebut.

Penulis yang memasuki Gaza pada bulan Oktober lalu mendapati ramai warga Palestin terpaksa berhimpit-himpit di sekolah UNRWA untuk dijadikan tempat berlindung dan tidak kurang juga menumpang di rumah sanak-saudara atau bagi mereka yang mampu mereka menyewa tempat ditempat lain.

Hospital El Wafa, Rafah yang musnah dibedil Israel 
pada tahun lalu.
 Perbatasan Rafah dikawal ketat

Di Gaza, mangsa serangan rejim zionis akan lebih menderita apabila keadaan di perbatasan Rafah yang dikawal Mesir belum menunjukkan tanda-tanda positif.

Ia dikawal ketat dengan pergerakan terbatas terhadap masalah-masalah khas yang dikendalikan sepenuhnya oleh Intelijen Mesir. Tentera Mesir juga dilaporkan giat memusnahkan sisa terowong bawah tanah yang sebelum ini menjadi sumber ekonomi Gaza.

Jambatan yang melewati Terusan Suez juga terus ditutup dan dikawal pihak tentera Mesir, hal ini untuk mengantisipasi ancaman ke atas pemerintahan yag telah ada.

Penulis diberitahukan perintah berkurung yang serukan oleh penguasa Mesir di penghujung Oktober lalu, akibat ancaman militan di wilayah tengah dan utara Sinai, terus berjalan.

Ini bermakna laluan di sempadan Rafah masih terbatas dan warga Palestin yang terus dikepung rejim Israel, bergantung sepenuhnya kepada belas kasihan negara tetangga di bawah pimpinan Presiden Abdel Fattah Al-Sisi.

Sumber diplomat memaklumkan perintah berkurung ini semakin ketat sekalipun pintu perbatasan Rafah dibuka selama dua hari pada 9 dan 10 Maret lalu.

Jurubicara pihak berkuasa Palestin di Gaza, Maher Abu Sabha memaklumkan hanya 900 orang dibenarkan menyeberangi perbatasan Rafah dengan menaiki 12 bis dalam tempoh dua hari itu.

"Beribu-ribu yg  mau keluar (dari Gaza) tak dapat berbuat demikian, manakala puluhan terkandas di Mesir tidak dapat pulang," katanya.

Jurubicara Aman Palestin di Gaza, Hamza Deirawi, memaklumkan dalam tempo dua hari itu tentunya tidak mampu menampung bilangan warga Gaza yang ingin keluar dari wilayah konflik itu atas berbagai  sebab.

Pergerakan yang lancar di sempadan Rafah amat penting bagi masalah-masalah kritikal khususnya korban yang perlu mendapatkan rawatan susulan di luar Gaza.

Pihak berkuasa Mesir sebelum ini mengetatkan kawalan di sempadan ekoran ancaman militan susulan kejatuhan Presiden Mohamed Morsi pada tahun 2013 akibat rampasan tentera.

Apa yang pasti, perkembangan pada 28 Februari lalu menggusarkan ramai pihak mengenai masa depan Gaza apabila Mahkamah Mesir mengisytiharkan Hamas sebagai 'organisasi pengganas', menjadikan Mesir negara keempat berbuat demikian setelah Israel, Amerika Syarikat dan Kanada.

Hamas dilihat masih populer di Gaza dan bersedia menjayakan kerajaan perpaduan dengan Fatah yang menguasai Tebing Barat selepas suara Palestin semakin diterima masyarakat dunia, khususnya di Eropah.

Pengiktirafan Palestin

Pemerhati politik menyifatkan pengiktirafan Palestin dalam kalangan negara Eropah memberi tekanan kepada pendudukan Israel di Tebing Barat dan juga pengepungan ke atas Gaza sejak tahun 2007.

Perkembangan ini amat ditakuti Israel ketika penderitaan di wilayah konflik itu belum berakhir selepas dunia terus di isukan dengan isu militan Negara Islam (IS) di segenap penjuru.

Sekalipun IS mendominasi dada akhbar dan menjadi tajuk utama berita dunia, isu pelarian Palestin tidak harus dilupakan sebagai isu kemanusiaan yang memalukan masyarakat dunia.

"Gaza adalah sumber keaiban masyarakat dunia," kata Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon ketika memasuki Gaza pada Oktober lalu.

Konflik di Palestin mungkin dilihat tidak seteruk krisis di Syria yang menyaksikan 12 juta rakyatnya terjejas, dengan 3.3 juta menjadi pelarian di negara jiran, namun ia berterusan sejak 67 tahun lalu tanpa penyelesaian konkrit.

Sehingga hari ini, sekalipun masyarakat antarabangsa memberi derma dan bantuan, pihak yang dapat membawa perubahan di bumi Palestin khususnya negara kuasa besar dunia juga bersikap hipokrit kerana membenarkan isu dan permasalahan Palestin berlarutan.


Sebahagian wanita Palestin yang memberik dukungan
  kepada Hamas di depan kantor pusat UNRWA
 bertepatan Hari Wanita Sedunia di Gaza. - Foto AFP
Rejim Zionis bermaharajalela

Hanya dalam isu Palestin nampaknya negara kuasa besar memekakkan telinga dan menutup mata membiarkan rejim Zionis Israel bermaharajalela.

Mereka tiada masalah mengebom pemberontak al-Qaeda atau kumpulan Negara Islam (IS) dan penyokong militan, tetapi enggan membenarkan rakyat Palestin keluar daripada penjajahan Yahudi meskipun sudah banyak masukan yang dikemukakan negara Arab untuk menamatkan derita Palestin.

Menunjukkan dasar anti-Arab rejim zionis, menjelang pilihan raya Israel pada 17 Mac, pihak berkuasa Yahudi menyediakan satu 'app' dalam bahasa Hebrew menunjukkan peta pilihan raya termasuk di mana seseorang itu patut mengundi.

Ada ahli perundangan Yahudi menganggapnya niat parti pemerintah untuk tidak menggalakkan orang Arab di Israel mengundi sekalipun ada kenyataan mengatakan app dalam bahasa Arab akan dikeluarkan selepas ini. Penduduk Palestin nampaknya akan terus ditindas sama ada mereka di Gaza atau di kawasan di bawah jajahan Yahudi. Oleh Syed Azwan Syed Ali  editor (BA) sumber
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال